Sunday, 5 June 2016

Selamat bersahur blogger,

    Tahun 2016 6hb June hari pertama puasa seMoga puasa tahun ini puasa yang penuh keberkatan untuk semua..
    Tentunya seronok bersahur bersama keluarga,bersama anak-anak yang baru belajar puasa sudah tentu seronok ibu-ibu di rumah melihat telatah anak-anak kecil dengan alasan-alasan yang mereka beri supaya dapat berbuka awal..
    Tentu banyak yang ibu-ibu sediakan untuk keluarga sewaktu bersahur dan berbuka,tetapi saya harap tidaklah sampai juadah-juadah itu terbuang kerana terlebih atau teroverdose di sediakan.Fikirkan lah sewaktu kita menyediakan juadah itu mampu kah kita habiskan..masih ada orang d luar sana yang hanya bersahur dengan nasi dengan garam,atau bubur dengn air kosong sahaja..ada yang tidak cukup kewangan untuk membeli persediaan bersahur kerana anak ramai.
  Ada yang tinggal d rumah yang tidak ada elektrik tidur di harungi nyamuk dan di temani lampu pelita.Bersyukurlah para ibu-ibu yang mempunyai kelebihan untuk tinggal di rumah batu atau di rumah kayu yang cukup kelengkapannya yang cukup kebahagiannya.
   Walaupun hari pertama ini saya bersahur dengan roti dan air panas sahaja itupun sudah cukup.sedikit terharu jugak kerana tidak dapat menyediakan juadah bersahur yang lebih baik sedikit kerana kekurangan..
   Teringat anak-anak,rindu anak-anak kerana tinggal berjauhan.
           

No comments:

Post a Comment